Wednesday, May 22, 2013

Buah Hati Hijau

Perasaan gembira bercampur resah memikirkan nak collect kunci dari agent today bagi rumah subsale landed pertama belian kami. amemang tak berani nak invest in sub sale landed for rental properties especially housing loan based on 70% jer..

Kebiasaannya kene tunggu 3 bulan nak dapat kunci tapi sebab buat cerita sedeh kami kini menetap di rumah sewa dan mahu segera pindah ke rumah subsale ni , agent tu kawtim same owner . Lagipon rumahtu vacant so kami diminta mebayar another 10% in order to collect the key. Pandai sungguh owner berdagang.


Rumahnya da almost 20 years + tapi lokasi di prime area - bumi lot dengan 10k bawah market value. Lokasi di hot demand area. memang jarang orang jual rumah kat area ni. Mostly people buy to occupy sebab lokasinye menarik dan berdekatan dengan kedai , pasar , 2nd link , JUSCO , TESCO, GIANT, hosptal dan macam MACAM LAGI...Mahu tidak mahu perlulah meneruskan misi transformasi rumah. Budjet tak banyak tapi sedang mencuba mendapatkan quotation dari beberapa contractor. Misi akan bermula esok untuk memanggil contractor bagi menjayakan renovasi berdasarkan impian seperti ilustrasi di bawah. Banyak jugakhajat di hati nak buat tapi kene cut down kalau budget tak mencukupi


Ini Option 1 tapi maybe tak buat macam ni kot


Pandangan sisi isometrik


Pandangan belakang

Discuss dengan suami die tak berapa minat design moden macam ni sangat.Prefer sepeeti kampung dan minimalis. Maka terhasil la yang bawah ni - ilham ade celup dari internet bagi mempercepatkan idea




Tips Menjana Pendapatan Dari Rumah Sewa

  • Beli rumah di prime area atau hospot di mana pasti ada demand kini dan tahun-tahun seterusnya

  • Beli rumah dengan target sewa tinggi melebihi dari bayaran bulanan bank - untuk membantu meringankan bayaran hutang lain seperti hutang kereta/kredit card

  • Cari penyewa yang mempunyai latar belakang pendapatan bagus , kalau boleh mintalah confirmation letter company bagi memastikan anda tak pusing kepala tenant cabot lari atau liat nak bayar rental.

  • Iklankan sendiri bagi saving duit . Sekiranya gunakan khidmat agent , pasti dikenakan bayaran 1 bulan atau setengah bulan rental..kan membazir namnaya.Gunakan mudah.com yang friendly user seperti saya!

  • Untuk mark upkan rental - sewakan furnish , kalau rase mahal nak spend beli perabot , bolehla menggunakan khidmat mudah.com sekali lagi untuk survey preloved items atau second hand furniture . Banyak juge owner yang nak pindah rumah iklankan perabot mereka untuk dijual dengan harga berpatutan lebih murah dari kedai.

  • Buat tenancy agrement sendiri dan pergi ke Pejabat Hasil untuk mematikan setem hasil. Buat 2 copy. Satu untuk simpanan anda dan satu untuk simpanan penyewa. Tambah clause yang anda rase cukup bermanfat untuk kebaikan & keselamatan anda. Kebiasaan kita akan menyewakan rumah kepada penyewa dalam tempoh 1 tahun. Sekiranya mereka good master payee , bolehlah dilanjutkan sehingga tahun-tahun berikutnya.

Setelah setahun , lihatlah hasil yang dituai telah kembali kosnya dengan menyewakan rumah tersebut . Selamat mencuba!

Housing Loan 70% Only - How To Keep Gaining Rental Income Positively



  • Semakin mencabar membeli rumah sekarang denga hanya 70% loan. Lambat dan berat hati nak spend 30% setelah brpenat lelah saving untuk 30% deposit rumah. Rumah baru semakin rancak harga - kalaula property 300k  , nak kene ade 90k hardcash belom masok kos guaman dan insurans..

Tips Yang Mungkin Membantu :


  • Beli rumah subsale under market value - susah nak dapat especially di kawasan hot area. Mestilah banyak bersabar dan rajin meninjau di kejiranan pilihan anda. Surat khabar dan Internet tak mencukupi untuk membantu - need legwork to do the job

  • Refinance property lama anda. Check dengan valuer di bank harga market value terkini rumah anda. Sekiranya harga lonjakan melebihi 100k , berbaloi untuk refinance tetapi AWAS! , refinance bagi owner yang memiliki rumah ketiga dan seterusnya - hanya dapat 70% juge walaupun anda mahu refinance pembelian rumah pertama yang dulu. 

  • JV dengan ahli keluarga atau sahabat handai yang dipercayai. Teknik ni berkesan sekiranya anda bercadang untuk flip rumah tu dalam masa 2-3 tahun . Mengapa? Sebab masing-masing pasti ade long term planning bagi kewangan masin-masing. Setelah jual rumah tersebut , keuntungan dibahagi sama rata begitu juge kos-kos tersembunyi semasa penjualan rumah.

  • Saving dulu untk cukupkan duit kalau berhajat sangat nak beli new property dari developer sebab harge dah mahal sekarang ni..especially di Johor Bahru ni..Most new development harge sudah tidak munasabah sagatla...Tak percaya pergi reki sendiri

Selamat Mencuba!

Belian Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman

Mengapa Harus Membeli Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman?

  • Bagi yang berkahwin atau bujang , pendapatan awal alam pekerjaan professional, seperti kais pagi makan pagi , kais petang makan petang - kebanyakan berpendapatan rm2000-2500 bergantung kepada kelulusan ijazah dan syarikat yang dimasuki. Saving pastila minimum jadi penting untuk aim rumah pertamaku bukan rumah idaman.

  • Setelah keluarga berkembang dan pendapatan meningkat , saving juga mencukupi dan si isteri selalu bising demand space besar sikit untuk keselesaan anak-anak yang duduk dalam walker boleh berlegar-legar dalam ruangan lebeh besar , maka carila rumah lebeh besar sesuai dengna pendapatan anda

  • Cop! Rumah pertama tadi janganla dijual , tetapi disewakan -jadi tips penting pembelian rumah pertama harusla di lokasi yang hotspot dan prime area agar tak pening kepala mendapatkan penyewa. Kalau bernasib baik bayaran rumah sewa dapat menampung pembayaran hutang bank untuk rumah pertama dan kedua anda..Barula tak pening kepala. Dah la dapat rumah baru , lebeh besar pulak tu...ade orang yang tolong bayarkan lagi...Tak ke bahgie gitu?

  • Proses di atas boleh la diulang beberapa kali bergantung ekonomi keluarga . Sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri bekerja lagi lah mudah . Anda boleh membeli 4 buah rumah dengan hanya 10% deposit..Masyuk sangatlah. Harga rumah di Malaysia masih affordable walaupun ramai mengatakan mahal bergantung kepada kalkulator anda.
Selamat Meninjau Rumah Pertama!