Mengapa Harus Membeli Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman?
- Bagi yang berkahwin atau bujang , pendapatan awal alam pekerjaan professional, seperti kais pagi makan pagi , kais petang makan petang - kebanyakan berpendapatan rm2000-2500 bergantung kepada kelulusan ijazah dan syarikat yang dimasuki. Saving pastila minimum jadi penting untuk aim rumah pertamaku bukan rumah idaman.
- Setelah keluarga berkembang dan pendapatan meningkat , saving juga mencukupi dan si isteri selalu bising demand space besar sikit untuk keselesaan anak-anak yang duduk dalam walker boleh berlegar-legar dalam ruangan lebeh besar , maka carila rumah lebeh besar sesuai dengna pendapatan anda
- Cop! Rumah pertama tadi janganla dijual , tetapi disewakan -jadi tips penting pembelian rumah pertama harusla di lokasi yang hotspot dan prime area agar tak pening kepala mendapatkan penyewa. Kalau bernasib baik bayaran rumah sewa dapat menampung pembayaran hutang bank untuk rumah pertama dan kedua anda..Barula tak pening kepala. Dah la dapat rumah baru , lebeh besar pulak tu...ade orang yang tolong bayarkan lagi...Tak ke bahgie gitu?
- Proses di atas boleh la diulang beberapa kali bergantung ekonomi keluarga . Sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri bekerja lagi lah mudah . Anda boleh membeli 4 buah rumah dengan hanya 10% deposit..Masyuk sangatlah. Harga rumah di Malaysia masih affordable walaupun ramai mengatakan mahal bergantung kepada kalkulator anda.
Selamat Meninjau Rumah Pertama!
No comments:
Post a Comment